Home » » Ahli Perniagaan Mati Ditetak Di Perut dan seorang wanita 26 tahun parah ditetak di paha dan dan tangan.

Ahli Perniagaan Mati Ditetak Di Perut dan seorang wanita 26 tahun parah ditetak di paha dan dan tangan.

Written By canang on Sabtu, 27 Mac 2010 | 3/27/2010 09:19:00 PTG

PORT DICKSON: Seorang ahli perniagaan ditemui mati manakala seorang wanita cedera parah akibat ditetak dalam sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang yang terletak di tepi pantai di sini, awal hari ini.

Mayat Ramli Osman, 40, dari Selangor ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tetakan di bahagian perut, manakala wanita itu ditetak di paha dan dan tangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata polis percaya kedua-dua mereka diserang oleh lebih dari seorang lelaki pada pukul 4.30 pagi menggunakan senjata tajam dipercayai parang.

"Apa yang kami dapat lihat adalah satu pembunuhan kejam. Terdapat beberapa tetakan kuat menggunakan senjata tajam seperti parang di bahagian perut mangsa.

"Berdasarkan pasang surut air, polis juga tidak menolak kemungkinan pembunuh memasuki bilik hotel melalui jalan laut kerana tidak ada sebarang kesan pecah masuk melalui pintu utama bilik," katanya.


Beliau berkata wanita berusia 26 tahun itu kini berada dalam keadaan trauma dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Osman berkata siasatan awal polis mendapati kejadian itu bukan bermotifkan rompakan kerana barangan berharga milik mangsa tidak hilang.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Klik sini


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger