
STOCKHOLM - Akhbar Sweden, Dagens Nyheter semalam sekali lagi mengundang kemarahan umat Islam apabila menyiarkan semula kartun menghina Nabi Muhammad.
Dagens Nyheter mendakwa menerbitkan kartun itu sebagai tanda sokongan kepada artis, Lar Vilks yang menjadi sasaran bunuh oleh beberapa penganut Islam di Ireland baru-baru ini.
"Lar Vilks tidak sendirian dalam konflik ini. Ancaman terhadapnya adalah ancaman ke atas semua rakyat Sweden," lapor Dagens Nyheter.
Kelmarin, polis Ireland menangkap tujuh penganut Islam kerana disyaki merancang membunuh Vilks berikutan penyiaran kartun berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan