Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) itu yang juga aktivis hak asasi, melaporkan kepada polis bahawa doktor berkenaan cuba menciumnya.
Rieke berkata, insiden itu berlaku ketika dia sedang mengadakan lawatan ke sebuah hospital di Makassar, Sulawesi Selatan.
"Pada mulanya dia hanya mahu mengambil gambar. Tetapi dia kemudian memegang bahu saya seperti mahu memeluk saya. Apabila saya cuba menahannya, dia berbisik di telinga saya dan meminta ciuman," katanya.
Doktor itu kemudian meminta maaf selepas dimarahi Rieke.
Namun, Rieke masih mahu mengajar doktor tersebut menerusi proses perundangan.
"Tindakan undang-undang perlu diambil supaya dia memperoleh pengajaran," kata peguam Rieke.
"Insiden itu berlaku ketika dia mengadakan lawatan sebagai ahli Parlimen," katanya.
The Help

Tiada ulasan:
Catat Ulasan