Home » » Bapa Rogol Dua Anak Gadisnya 14 dan 17 Tahun

Bapa Rogol Dua Anak Gadisnya 14 dan 17 Tahun

Written By canang on Jumaat, 26 Mac 2010 | 3/26/2010 12:26:00 PTG

SERI MANJUNG: Seorang kakitangan kerajaan berusia 40-an ditahan kerana disyaki merogol dua anak gadisnya di rumah mereka di sebuah taman perumahan dekat sini, 17 Mac lalu.
Lelaki berkenaan ditahan pada hari sama selepas bapa saudara mangsa membuat laporan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata kedua-dua remaja itu masing-masing berusia 14 dan 17 tahun dipercayai menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung sendiri di rumah mereka di Seri Manjung.

“Kerana tidak tahan diperlakukan ayah kandung sendiri, kedua-dua remaja itu berjaya melarikan diri ke rumah ibu saudara dan menceritakan kelakukan jijik bapa mereka sebelum bapa saudara mereka mengambil keputusan membuat laporan polis.


“Siasatan awal mendapati remaja berusia 17 tahun dirogol bapanya sejak usianya enam tahun manakala adiknya yang berusia 14 tahun pula menjadi pemuas nafsu bapanya sejak empat tahun lalu ketika berusia 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis Ke-203 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, semalam.

Difahamkan, lelaki berkenaan mempunyai dua lagi anak lelaki yang berusia dibawah 18 tahun.

Mohd Jamil berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat bukti menunjukkan suspek ada melakukan perbuatan keji terhadap kedua-dua anak gadisnya yang tidak berdosa.SILA KLIK



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger