Mereka mendakwa Hashima, yang memegang jawatan Setiausaha Agung Cash pada 2006, dan Nordin, sebagai Timbalan Presiden II, telah menyebabkan artikel berunsur fitnah mengenai mereka disiarkan oleh media dalam beberapa insiden berasingan tahun lepas.
Plaintif lain adalah terdiri daripada James Bagah, Michael Wong Tet Ming, Sylvester Taing, Ali Ahmad, Nagaraju A/L Applasamy, Augustine Aling, Donny Yap Tai Hua, Alex Huang Tzin Tat, Alexcius Mangka, Prakash Natesan, Lee Lai Meng, Danah Matsah, Kanul Gindol, Saimon@ Jasni Musa, Claudius George, Jeam Suali, Padris Sittim dan Duin Tarang.
Kesemua plaintif berkenaan ketika itu merupakan penjawat dalam Persatuan Pengguna Sabah (Cash) yang dibatalkan pendaftarannya.
Kesemua plaintif berkenaan ketika itu merupakan penjawat dalam Persatuan Pengguna Sabah (Cash) yang dibatalkan pendaftarannya.
Writ saman itu difailkan oleh peguam Ram Singh, yang diiringi Patrick dan plaintif-plaintif lain, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini, petang ini.
Plaintif juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Hashima dan Nordin, sebagai defendan, atau ejen mereka daripada terus menerbitkan atau menyebabkan perkataan fitnah disiarkan terhadap plaintif atau Cash.
Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka mendakwa Hashima dan Nordin telah mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap plaintif dalam media pada 3, 4, 5, 6 dan 26 Februari 2009.
Hashima, ketika ditemui pemberita kemudian berkata, beliau juga akan mengemukakan tuntutan balas sebaik sahaja menerima notis berkenaan saman itu
Apple iPod touch 32 GB, Case, and Charger Bundle

Tiada ulasan:
Catat Ulasan