DIAM tak diam dah dua minggu rupanya anak kepada seniwati Azean Irdawaty ini direman bagi membantu siasatan kes membabitkan penemuan 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di sebuah kondominium di ibu kota.
Berjurai juga air mata peminat-peminat setia Benjy dan ibunya apabila dapat tahu tentang kes itu,macam-macam spekulasi kemudiannya timbul.
Joyah tak mahu cakap lebih-lebih sebab pada hari Khamis yang lalu, Benjy telah pun dihadapkan di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur dan hanya dikenakan pertuduhan memiliki 0.24 gram syabu.
Benjy didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Malangnya, selepas tidak sampai sepuluh minit diikat jamin sebanyak RM2,000, Benjy ditangkap sekali lagi oleh pihak polis. Terpinga-pinga semua ahli keluarga Benjy yang hadir menyambut pembebasannya, maka sekali lagi berlaku drama air mata sehingga Azean melafazkan dialog "Tak kasihankah mereka kepada saya, seorang ibu yang sedang sakit ini?."
Joyah tumpang sedih dengan apa yang berlaku kepada pelakon muda yang Joyah anggap antara yang berkaliber dalam dunia lakonan. Joyah kenal siapa Benjy dan bagaimana dia cukup sayang dan kasih akan keluarganya, terutama Azean yang telah berkorban jiwa dan raga. Malah kalau diganti dengan nyawa sekali pun, Joyah percaya Azean sanggup melakukannya demi Benjy.
Pun begitu dalam masa yang sama, Joyah rasa lega juga.
Ini kerana sekurang-kurangnya Benjy sudah terlepas daripada hukuman gantung kerana akhirnya dia tidak dikaitkan sebagai pesalah atas kaitan dengan kes awal sebelum ini. Sila klik sini
Home »
» Benjy terlepas hukuman gantung
Benjy terlepas hukuman gantung
Written By canang on Ahad, 28 Mac 2010 | 3/28/2010 08:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Lain kali jaga anak elok2. Ambil tahu apa dia buat, tengok kemana dia pergi, dengan siapa dia berkawan. jangan lah apabila kena tangkap baru terkejut yang anaknya memang liar. Kalau tanam pokok dan jaga pokok itu, barulah dapat hasil baik. Kalau biar dan abai, beginilah jadinya. Patut pun.
Catat Ulasan