PULAU PINANG 29 MAC: Peletakan jawatan 36 Exco Umno Bukit Bendera semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Ahmad Ismail kembali menerajui bahagian berkenaan, menunjukkan Umno masih tebal dan sinonim dengan perkauman ekstrem.
Malah, ia juga menggambarkan Umno Pulau Pinang ketandusan pemimpin hingga terpaksa mengutip kembali pemimpin yang tindak tanduknya jelas bertentangan dengan semangat Satu Malaysia.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Umno tiada pilihan selain mengangkat kembali Ahmad Ismail walaupun pemimpin tersebut pernah dihukum oleh Majlis Tertinggi Umno sebelum ini.
Ahmad Ismail sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina dengan melabel mereka sebagai 'pendatang' dalam satu ceramah politik.
Kemuncaknya, Ahmad Ismail menggesa Gerakan keluar dari BN manakala penyokongnya mengoyak gambar Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hingga kedua-dua pihak itu memutuskan hubungan.
"Saya lihat Umno Pulau Pinang begitu terdesak kerana mereka tiada kepimpinan yang boleh diharapkan untuk memimpin sehinggakan terpaksa ambil semula Ahmad Ismail walaupun mereka tahu beliau (Ahmad) tidak menepati gagasan Satu Malaysia," katanya kepada TV Selangor.
Lagak seperti budak suruhan, Ketua Umno Bukit Bendera, Abdul Jalil Ariffin yang hanya tamat penggal pada tahun depan, mencadangkan mesyuarat agung luar biasa bagi membolehkan Ahmad Ismail memimpin semula bahagian itu.
"Ini menguatkan kenyataan bahawa Umno tidak boleh lari dari imej extrem Melayu, seolah- olah ikut jejak langkah Perkasa yang mengambil pendekatan keras tetapi ketinggalan zaman. "
Shamsul juga tidak menolak kemungkinan semua exco itu disogok hingga sanggup melepaskan jawatan sewenang-wenangnya, satu perbuatan yang paling sukar dilakukan mengikut budaya Umno.klik sini
Home »
» Beri Laluan Kepada Ahmad Ismail, Umno Masih Tebal Perkauman
Beri Laluan Kepada Ahmad Ismail, Umno Masih Tebal Perkauman
Written By canang on Selasa, 30 Mac 2010 | 3/30/2010 02:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan