Veronica Siwik-Daniels yang dikenali sebagai Joslyn James dalam industri filem lucah Amerika telah mengedarkan mesej tersebut dalam laman webnya menggambarkan Woods sebagai seorang yang suka melakukan hubungan seks ganas dengan wanita-wanita lemah.
"Saya berharap satu hari nanti, Tiger (Woods) akan mendedahkan perkara sebenar, yang sebenar-benarnya.'' katanya kepada New York Daily News.
''Kita akan melihat apakah itu akan berlaku,'' tambahnya.
Dia telah mengedarkan lebih 100 mesej tersebut, dua hari selepas Woods mengumumkan untuk kembali beraksi dengan menyertai kejohanan golf Masters di Augusta, Georgia, sekali gus menamatkan tempoh menyepi diri selama empat bulan daripada sukan tersebut.
"Saya mahu melayan kamu secara kasar. Mencampak kamu sekeliling, memukul dan menampar kamu," kata mesej seks tersebut yang didakwa dihantar oleh Woods kepada artis lucah berusia 32 tahun itu pada Ogos tahun lalu.
Woods tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya.
Daniels yang mendakwa dia menjalin hubungan dengan Woods selama tiga tahun, didakwa merupakan salah seorang perempuan simpanan Woods.
"Saya hanya mahu agar orang ramai tahu dan mendedahkan kebenaran supaya orang tahu apa yang saya telah diberitahu dan bukan hanya menghukumkan saya kerana bersama lelaki yang sudah berkahwin," katanya.
Daniels mendakwa dia telah menerima lebih
Menurut Daniels, mereka bertemu ketika dia bekerja di sebuah kelab malam di Las Vages dan menjalin hubungan intim dengan Woods sehingga akhir 2009.
''Ada ketikanya, penghantar mesej itu berang dengan Daniels selepas hubungan rapat mereka hampir terbongkar.
"Jangan mencerca saya," kata mesej itu. "Kamu hampir menghancurkan hidup saya jika agen saya dan orang terbabit nampak kamu di sana."
Kindle Wireless Reading Device (6" Display, Global Wireless, Latest Generation)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan