Home » » Bunuh dan Makan Mayat rakan setiap malam Jumaat. untuk jadi Kebal

Bunuh dan Makan Mayat rakan setiap malam Jumaat. untuk jadi Kebal

Written By canang on Ahad, 7 Mac 2010 | 3/07/2010 09:31:00 PTG


MISTERI penemuan sebelah kaki manusia di belakang sebuah sekolah di sini Rabu lalu membawa kepada penahanan seorang lelaki, Harun, 35, kelmarin yang dipercayai memakan mayat rakannya sendiri, lapor akhbar Jawa Pos semalam.

Suspek berasal dari Kendal, Jawa Tengah itu didakwa membunuh mangsa, Fahmi Iswandi yang juga rakan serumah sejak tiga bulan lalu dan mengawet mayat tersebut bagi mengelak ia berbau busuk, kata Ketua Polis Kota Batam, Suka Irawanto.

Hasil siasatan awal, Harun dikatakan berbuat demikian kononnya untuk mewarisi ilmu kebal rakannya itu yang didakwa sebagai kalis daripada sebarang senjata dan menyembah daging mangsa sebelum dimakan mentah pada setiap malam Jumaat.

Fahmi dari Tegal, Jawa Tengah dipukul dengan benda tumpul di kepala dan lebih sadis, dua gigi mangsa dicabut untuk dijadi kalung tangkal manakala semua organ dimasak panggang kecuali jantung yang dimakan mentah," kata Suka.

Share this article :

1 ulasan:

madbi berkata...

nak ilmu kebal??? baik menuntut dengan najib... dia lagi kebal, x boleh disentuh, untouchable!!! x pun makan skru kereta kebal, baru la jadi bebal. bodoh punya orang.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger