Home » » Chong Wei Juara All-England

Chong Wei Juara All-England

Written By canang on Isnin, 15 Mac 2010 | 3/15/2010 08:30:00 PG

KUALA LUMPUR 15 MAC: Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton All England awal pagi ini, sesuatu yang gagal dilakukan guru badmintonnya sendiri, Datuk Misbun Sidek.

Ia begitu bermakna lantaran Chong Wei memenangi kejohanan itu buat pertama kali dalam kariernya, apatah lagi kemenangan itu hadir pada ulang tahun ke-100 kejohanan tersebut.

Kemenangan itu, sekali gus menebus kehampaan beliau tahun lalu apabila tewas di tangan pemain China, Lin Dan pada perlawanan akhir kejohanan yang sama.

Bagaimanapun, Chong Wei terpaksa berhempas pula sebelum mengalahkan pemain Jepun, Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham yang berkesudahan dengan keputusan 21-19 bagi kedua-dua set.

Kali terakhir Malaysia menang kejohanan itu bagi acara perseorangan melalui Hafiz Hashim beberapa tahun lalu, juga anak didik Misbun.


A Patriot's History of the United States: From Columbus's Great Discovery to the War on Terror
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger