Home » » Dah Tau dah UMNO takut Pilihanraya:Kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong: SPR

Dah Tau dah UMNO takut Pilihanraya:Kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong: SPR

Written By canang on Rabu, 24 Mac 2010 | 3/24/2010 04:58:00 PTG

PUTRAJAYA: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi, Perlis, tidak kosong dan penyandangnya, Yip Sun Onn, masih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang sah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Abdul Aziz berkata, setakat ini SPR belum lagi menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan Yip daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat.
"Walaupun Speaker sudah sahkan terima surat itu tetapi selagi SPR tidak menerima sebarang surat rasmi kerusi DUN itu tidak kosong dan hanya SPR sahaja yang boleh memaklumkan mengenai sebarang kekosongan," katanya kepada pemberita. Ditanya berapa lama Speaker boleh memegang surat peletakan jawatan itu, Abdul Aziz berkata tempoh masa bagi Speaker boleh memegang surat itu tiada dalam undang-undang.


"Itu semua terpulang kepada urusan Speaker dan anak buahnya," katanya.

Semalam, Speaker DUN negeri itu mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Yip yang juga Naib Ketua MCA Bahagian Padang Besar pada jam 3 petang dua hari lalu dan menasihatkannya supaya mempertimbangkan keputusan itu.

Yip, 52, dikatakan kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai anggota Exco kerajaan negeri yang disandangnya sejak dua tahun lalu apabila namanya tidak disenaraikan dalam majlis mengangkat sumpah di Istana Arau, Jumaat lalu.
Sebaliknya Adun Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor, dilantik ke jawatan itu dan mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger