Ahad, 28 Mac 2010

DAP Mahu Pendaftaran Pengundi Automatik.Pendaftaran yang sedia ada telah lapuk


Pendaftaran pengundi harus dibuat secara automatik sebaik sahaja seorang warganegara mencecah umur selayaknya untuk mengundi.

Adun Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo berkata amalan pendaftaran sedia-ada telah lapuk dan boleh digantikan dengan sistem baru berasaskan MyKad.

Beliau mencadangkan pengundi hanya telah layak hanya perlu tampil ke pusat pembuangan undi bersama MyKad yang mempunyai butiran peribadi yang terperinci.

"Ini akan membantu menjimatkan masa dan kos buat Suruhanjaya Pilihanraya, sekaligus membantu melicinkan proses pilihanraya," katanya.

Jagdeep juga menyeru Kerajaan Pusat menggubal undang-undang menetapkan bahawa mengundi adalah wajib kerana setakat ini bagi umur 21 tahun dan keatas, hanya 11.08 juta orang sahaja yang berdaftar sebagai pengundi dari 15.47 juta rakyat Malaysia.Sila klik





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.