Ahad, 28 Mac 2010

Sumpah! Tak mahu bebogel lagi


Kendra Wilkinson

BEKAS model Playboy, Kendra Wilkinson sanggup bersumpah untuk tidak mahu berposing bogel dalam majalah kegemaran lelaki itu buat kesekian kalinya. Keputusan itu didorong atas dasar keinsafan selepas memegang status ibu kepada Hank Jr. pada Disember tahun lalu.

''Saya rasa sudah tiba masa saya menolak tawaran untuk berbogel dalam majalah Playboy. Tidak bagus dan malu bila tiada seutas benang di tubuh kita,'' katanya berterus terang.

Wanita kelahiran San Diego, California ini juga akan menumpukan 100 peratus perhatian buat Hank dan tidak mahu dia mengikut jejak langkah sepertinya.

Ditanya adakah Kendra akan mengubah keputusannya satu masa nanti, anak kedua daripada dua beradik ini memberitahu, ia bergantung kepada keadaan.


''Masih terlalu awal untuk dibicarakan tentang perkara ini. Saya akan beritahu kemudian,'' Sila klik sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.