Home » » Dunia Artis:Rozita Che Wan Tak Kisah di gelar janda Seksi

Dunia Artis:Rozita Che Wan Tak Kisah di gelar janda Seksi

Written By canang on Sabtu, 20 Mac 2010 | 3/20/2010 08:00:00 PG

Kalau diperhatikan, penampilan Rozita Che Wan sekarang sudah semakin seksi berbanding di awal kemunculannya dahulu. Dahulu, pelakon berstatus janda ini jarang memakai pakaian pendek, tetapi kini dia nampak selesa mengenakan skirt atau gaun yang menyerlahkan kedua belah kakinya. Malah, pelakon jelita ini juga sering mengenakan pakaian ketat sehingga menyerlahkan bentuk badannya.

Hendak tahu apa komen dramatis popular ini mengenai isu ini? Rozita yang ditemui baru-baru ini menjelaskan, dia tidak pun merasakan dirinya semakin seksi. Alasannya, memang dari awal kemunculannya lagi dia sudah berpakaian seperti sekarang ini.

“Mungkin orang tidak perasaan dengan saya dahulu. Entahlah, saya pun tidak tahu hendak komen macamana. Saya ni suka ikut ‘mood’ dalam berpakaian. Sekarang ini ‘mood’ saya memang hendak pakai skirt sahaja, sebab itu kalau pergi mana-mana acara, saya akan pakai skirt. Kalau orang kata saya terlampau seksi, saya tidak setuju. Penampilan saya biasa sahaja. Lagipun, saya tahu batasnya. Paling penting, saya selesa dengan penampilan saya sekarang ini,” jelas Rozita.

Terlanjur bercerita tentang cantik, pelakon yang terkenal dengan bulu mata palsu ini juga sempat memberitahu yang dia langsung tidak kisah dengan cakap-cakap yang mengatakan dia sering mengenakan mekap tebal.

“Biarlah orang hendak kata saya mekap tebal pun, saya tidak kisah dengan semua itu. Apa yang hendak saya lakukan kepada wajah saya, itu hak saya. Sebagai seorang artis saya perlu jaga penampilan. Lagipun, saya tidak kacau orang lain. Jadi, biarkan orang berkata. Itu hak mereka,” ujar Rozita yang mengakui dia seorang yang cerewet dalam pemakaian dan solekan.

Amy Janz merupakan jurumekap kepercayaan RozitaAmy Janz merupakan jurumekap kepercayaan Rozita

Peluang cantik macam Rozita
Berita baik kepada peminat Rozita, kini anda juga berpeluang tampil cantik sepertinya. Ini kerana, jurusolek peribadi pelakon ini, Amy Janz telah pun menghasilkan sebuah buku yang mengajar teknik solekan yang betul. Buku berjudul ‘Variasi Asas Solekan’ ini memuatkan segala tip, petua dan langkah demi langkah untuk mengaplikasi solekan.

Walaupun Rozita tidak terlibat secara langsung dalam penerbitan buku ini, tetapi ada di antara tip kecantikan yang ditulis oleh Amy adalah hasil ekperimen dan perbincangan antara dia dan Rozita. Pendek kata, teknik-teknik yang ada dalam dalam buku itu adalah teknik yang diguna pakai kepada Rozita juga.

“Sebenarnya saya dan Amy sudah lama berkerjasama iaitu kira-kira tiga tahun dahulu. Saya telah jatuh cinta dengan solekan Amy pada kali pertama kami bertemu. Ketika itu dia menyolek saya untuk sesi fotografi sebuah majalah gaya hidup. Dalam ramai-ramai jurumekap yang turut hadir, hanya dia seorang berjaya melukis bibir dengan cantik.

“Sejak dari itu, saya terus gunakan khidmat Amy untuk menyolek saya. Ke mana saja saya pergi, Amy mesti ada. Saya memang puas hati dengan teknik solekan Amy, dia tahu apa yang saya hendak. Setakat ini hanya Amy yang boleh memenuhi citarasa saya,” ulas Rozita yang turut berada pada majlis pelancaran buku itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Antara tip yang dikongsi di dalam buku tersebut diguna Rozita jugaAntara tip yang dikongsi di dalam buku tersebut diguna Rozita juga

Sementara itu, Amy Janz yang ditemui berkata, dia sangat berterima kasih kepada Rozita kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi jurumekap tetap kepadanya. Menurut Amy, Rozita banyak membantu dia dalam memantapkan teknik solekannya. Ini kerana Rozita dan dia sering bertukar fikiran tentang teknik solekan. Malah, Amy juga mendakwa Rozita seorang yang tidak takut bereksperimen untuk solekan.

“Saya berterima kasih kepada Rozita kerana dia sudah banyak menolong saya selama ini. Kerana dia jugalah saya dikenali ramai kerana sering bersama dengannya walau ke mana pun dia pergi. Diharapkan dengan adanya buku ini di pasaran, ia dapat membantu wanita di luar sana untuk kelihatan lebih sempurna dan cantik. Saya percaya buku ini mampu memberi manfaat serta keyakinan kepada setiap wanita untuk lebih berketrampilan. Buku ini tidak mahal, semua golongan mampu memilikinya. Harganya cuma berharga RM19.90,” ujar Amy Janz.



Share this article :

1 ulasan:

Na'im Nikmat berkata...

Ya ikut mood jangan ikut Al-Quran ....Siapa yang ajar ni Ulama' UMNO ker??????

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger