Home »
» Ezam Tawar Bantu Polis Siasat Pendedahan Zulkifli Noordin
Ezam Tawar Bantu Polis Siasat Pendedahan Zulkifli Noordin
Written By canang on Sabtu, 27 Mac 2010 | 3/27/2010 05:00:00 PTG
KULIM: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat(PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor menawarkan diri untuk membantu polis menyiasat pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin berhubung tawaran ganjaran lumayan pihak tertentu bagi memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Mohamad Ezam berkata beliau sedia dipanggil pihak polis pada bila-bila masa bagi tujuan itu.
Pendedahan ini suatu dakwaan serius tapi tidak memeranjatkan kerana semasa saya masih bersama PKR isu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telahpun berlaku, katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Mohamad Ezam berkata beliau pernah meminta pihak yang berkenaan agar mengemukakan bukti dan fakta berhubung isu itu namun diberikan arahan yang berbunyi: "kamu bedallah dulu".
"Saya masih ingat lagi kata-katanya (pihak berkenaan) itu," katanya.
\
Rabu lepas, Zulkifli yang sebelum ini dipecat daripada PKR mendedahkan pada persidangan Dewan Rakyat bahawa beliau pernah ditawarkan dengan ganjaran yang boleh 'menggoncangkan iman' untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya.
Rentetan pendedahan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilapor berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan memanggil Zulkifli bagi menentukan kesahihannya.
Sementara itu, mengulas perkara berlainan Mohamad Ezam menggesa agar pemimpin PKR yang arif dengan tembelang kepimpinan tertinggi parti tersebut agar tampil dan membuat pendedahan berani seperti yang dilakukan Zulkifli.
Sila klik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan