Home » » Gadis Kemboja dilarang kahwin lelaki Korea

Gadis Kemboja dilarang kahwin lelaki Korea

Written By canang on Ahad, 21 Mac 2010 | 3/21/2010 05:02:00 PTG

PHNOM PENH: Kemboja semalam mengeluarkan perintah sementara melarang wanita negara itu daripada mengahwini lelaki dari Korea Selatan, berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan wujudnya sindiket perdagangan manusia, kata pegawai.

Jurucakap kerajaan, Koy Kuong berkata larangan itu dikeluarkan selepas polis menahan seorang wanita yang menipu 25 gadis dari kawasan luar bandar untuk berkahwin dengan lelaki Korea Selatan. Gadis berkenaan membayar sejumlah wang kepada wanita itu.

“Perbuatan ini adalah satu bentuk perdagangan wanita dan kanak-kanak,” katanya yang menambah, mahkamah Kemboja menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas wanita berkenaan. Koy Kuong berkata, kedutaan Korea Selatan di Phnom Penh sudah dimaklumkan mengenai larangan sementara itu.




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger