Home » » Gambar aksi santai Marilyn Monroe dilelong

Gambar aksi santai Marilyn Monroe dilelong

Written By canang on Khamis, 25 Mac 2010 | 3/25/2010 12:00:00 PTG

LONDON: Beberapa keping gambar yang belum pernah dilihat sebelum ini memaparkan aktres Marilyn Monroe berehat di set penggambaran filem komedi klasik beliau, Some Like It Hot dilaporkan akan dilelong di Las Vegas tidak lama lagi.

Jualan sebanyak 11 keping gambar warna yang diambil pada 1959 itu berlangsung di Planet Hollywood Resort and Casino pada 25 Jun ini, kata penganjur, Julien’s Auctions.
“Slaid berkenaan menunjukkan Marilyn berehat pada penggambaran filem itu berhampiran pantai. Beliau memakai baju mendedahkan di mana pada ketika itu beliau memainkan peranan untuk cuba dan berjaya menggoda watak lakonan Tony Curtis,” kata Darren Julien, yang dipetik akhbar The Telegraph. Barang lain yang dilelong pada majlis dua hari itu termasuk sebuah kerusi berukir ala-Itali dengan baldu hijau yang pernah digunakan Marilyn pada penggambaran foto terakhir beliau.


Marilyn yang meninggal dunia pada usia 36 tahun adalah pelakon, penyanyi dan model kelahiran Amerika Syarikat terkenal pada 1950-an. – Agensi
Sehingga sekarang, beliau dianggap simbol seks seks paling hebat pada abad ke-20. Beliau menjadi inspirasi bagi banyak bintang baru pada masa kini seperti penyanyi Madonna di awal kerjayanya.

Marilyn ditemui mati di rumahnya pada Ogos 1962 dipercayai akibat tindakan bunuh diri dengan mengambil ubat tidur berlebihan.
Sehingga sekarang, berbagai teori konspirasi dikaitkan dengan kematian Marilyn seperti pembabitan keluarga Kennedy dan teori aktres itu dibunuh oleh Mafia. – Agensi
The Big Short: Inside the Doomsday Machine



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger