SELEPAS 15 tahun menanti, hajat peminat sukan lumba basikal negara untuk menyaksi- kan anak tempatan dinobatkan sebagai Raja Pecut Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 akhirnya terlaksana semalam.
Seperti diduga, pelumba sensasi negara, Anuar Manan mengotakan janjinya untuk memenangi Jersi Hijau LTdL buat kali pertama dalam kariernya selepas mempertahankan gelaran tersebut sehingga peringkat terakhir dari Kuala Kubu Bharu ke Dataran Merdeka semalam.
Pencapaian tersebut menyaksikan Anuar yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng Asia mencatat sejarah kedua dalam kejohanan LTdL apabila menjadi pelumba pertama dari Asia dan Malaysia dinobatkan gelaran Raja Pecut sepanjang 15 tahun penganjuran perlumbaan berkenaan.
Terdahulu, Anuar melakar sejarah pertama dengan memenangi saingan peringkat kelima yang bermula dari Muar ke Port Dickson (Jumaat lalu), sekali gus menjadi pelumba pertama Malaysia pernah memenanginya.
"Ini adalah pencapaian terbaik pernah saya lakukan dalam karier lumba basikal," kata Anuar pada sidang media sele- pas perlumbaan di Dataran Merdeka semalam.
"Memenangi satu peringkat perlumbaan dan dinobatkan selaku Raja Pecut (Jersi Hijau) LTdL hari ini (semalam), ia adalah sesuatu yang menakjubkan.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada semua peminat di Malaysia yang terus menyokong dan berdoa demi kejayaan saya. Kejayaan saya ini adalah hadiah kepada semua rakyat Malaysia," ujarnya lagi.
Pelumba berusia 24 tahun itu juga masih berharap agar kejayaannya ini dapat membuka mata pasukan ProTour yang lain untuk menagih khidmatnya bagi menyertai perlumbaan besar di Eropah seperti Tour de France.
Begitupun, Anuar yang menyertai pasukan Geumsan Ginseng Asia tahun ini selepas bersama Azad University dan LeTua, akan terus bersama pasukan barunya dari Korea Selatan itu bagi menjalani latihan di Perancis dan menyertai beberapa perlumbaan di Eropah, Jun depan.
Selepas berakhirnya LTdL 2010 semalam, Anuar menjelaskan bahawa strateginya pada saingan peringkat ketujuh itu adalah memberi tumpuan kepada pencabar terdekat, Michael Matthews dengan mengikuti pelumba pasukan Jayco Skins tersebut sejak awal perlumbaan.
"Strategi saya hanya mengikuti rapat Matthews bagi memastikan dia tidak mengutip mata lebih daripada saya.
Home »
» Hadiah Anuar untuk Malaysia
Hadiah Anuar untuk Malaysia
Written By canang on Isnin, 8 Mac 2010 | 3/08/2010 02:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan