Pengusaha kilang kiub ais di wilayah utara akan menaikkan harga jualan kepada RM3.50 mulai 1 April ini berikutan kenaikan kos penyelenggaraan.
Presidennya, Abdullah Ahmad, berkata sebelum ini harga yang ditawarkan adalah RM2 hingga RM2.50 bagi setiap beg berisi kira-kira 15 kilogram kiub ais.
"Sebelum ini kita menawarkan harga murah sejak 2008 hingga sekarang kerana memberi diskaun kepada pembeli terutama peniaga kedai makanan. "Ia juga sebagai satu strategi pemasaran. Bagaimanapun mulai 1 April ini harga ais akan kembali pada harga asal iaitu RM3.50 sama seperti harga tanpa diskaun sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, sepanjang memberi diskaun, 16 buah kilang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak terpaksa menanggung sehingga 50 peratus kenaikan kos penyelenggaraan.
"Kita terpaksa naikkan harga kiub ais kerana peningkatan kos penyelanggaraan terutama pengangkutan iaitu lori yang digunakan untuk menghantar ais kepada pelanggan," katanya.
Abdullah berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada pelanggan berhubung kenaikkan harga ais namun ia tidak dapat diterima.
Katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dari masa ke semasa dengan pelanggan berhubung perkara berkenaan.
"Bila kita umumkan pada media, kita harap pelanggan terutama peniaga dapat terima harga baru yang kita tawarkan itu. Bagaimanapun, notis susulan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada mereka,"Sila Klik
Home »
» Harga ais naikRM2.50 kepada RM3.50 satu beg mulai 1 April
Harga ais naikRM2.50 kepada RM3.50 satu beg mulai 1 April
Written By canang on Jumaat, 26 Mac 2010 | 3/26/2010 07:07:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan