Berikutan itu, kedua-dua menteri itu berjanji akan menyiasat pendedahan Kosmo! mengenai isu tersebut sebelum mengambil tindakan yang lebih tegas.
Sebanyak sembilan premis seks di sini, Subang Jaya dan Johor Bahru diserbu semalam atas dakwaan menjual gajet-gajet seks. Operasi itu berakhir dengan tiga buah kedai diarah tutup serta-merta.
Hasil rampasan daripada ketiga-tiga premis itu melebihi RM120,000.
Tindakan itu membuktikan anggapan sesetengah pegawai kerajaan khususnya daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kononnya mereka tidak dapat bertindak atas alasan pengusaha premis terbabit tidak melakukan kesalahan kerana menjual cenderamata, adalah salah.
Food Rules: An Eater's Manual
Tiada ulasan:
Catat Ulasan