Home » » Hishamuddin Sahkan Musa Hassan Akan Digantikan

Hishamuddin Sahkan Musa Hassan Akan Digantikan

Written By canang on Isnin, 15 Mac 2010 | 3/15/2010 04:57:00 PTG

Tan Sri Musa Hassan akan digantikan sebaik sahaja kontrak beliau sebagai Ketua Polis Negara tamat September depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata proses peralihan telahpun bermula.

"Saya tahu siapa yang akan menggantikan KPN. Saya juga tahu siapa yang akan menggantikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Saya juga tahu siapa yang akan menggantikan siapa, maka dengan itu tidak perlulah kita berspekulasi," kata Hishamuddin di Parlimen hari ini.

Sabtu lepas, Musa terpaksa menafikan laporan akhbar China Press yang mendakwa beliau telah meletak jawatan.

Sabtu lepas, Musa terpaksa menafikan laporan akhbar China Press yang mendakwa beliau telah meletak jawatan.

Dalam perkembangan yang sama, Persuruhjaya Polis Datuk Ramli Yusoff - pegawai polis yang ketiga terkanan di PDRM - akan melapor diri untuk bertugas dalam masa terdekat.

Ramli baru-baru ini bebas dari tiga pertuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

The Help

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger