Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein berkata Ketua Polis Negara Musa Hassan tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam pertemuan bersama beliau.
"Tidak, saya tidak pernah dengar apa-apa aduan dan beliau tidak bangkitkan isu itu ketika bersama saya. Jika ada pihak ketiga, dengan kuasa untuk mempengaruhi polis, beritahu pada saya," katanya di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Semalam, Musa Hassan mendedahkan kepada Mingguan Malaysia bahawa ada pihak ketiga memberi arahan secara terus kepada pegawai-pegawai bawahannya tanpa pengetahuan beliau.
The Big Short: Inside the Doomsday Machine
Tiada ulasan:
Catat Ulasan