Home » » Ibrahim Ali Saman The Sun RM5 juta

Ibrahim Ali Saman The Sun RM5 juta

Written By canang on Selasa, 23 Mac 2010 | 3/23/2010 09:28:00 PTG

KUALA LUMPUR: Presiden Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengemukakan saman terhadap akhbar The Sun dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta.

Saman itu dikemukakannya ekoran penyiaran artikel dalam akhbar tabloid berkenaan mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah menasihati beliau kerana bersikap ultra-Melayu dan melampau serta cauvinis dalam memperjuangkan hak bumiputera di negara ini.

Ibrahim menamakan Ketua Pengarang Kumpulan The Sun, Ho Kay Tat, penerbit akhbar The Sun Sun Media Corporation Sdn Bhd dan penulis artikel berkenaan, Terence Fernandez sebagai defendan.

Writ saman tersebut dikemukakan oleh firma guaman, Salehuddin Saidin kepada akhbar tabloid berkenaan melalui kiriman faks dan serahan tangan hari ini.

Ibrahim dalam penyataan tuntutannya mendakwa, artikel bertarikh 17 Mac 2010 yang disiarkan dalam akhbar tabloid itu yang bertajuk Sultan Keeps Perkasa Guessing On Invitation, menceritakan tentang kehadiran Sultan Sharifuddin tidak pernah sekali pun memberi perkenan untuk merasmikan mesyuarat agung Perkasa pada 27 Mac ini kerana baginda bimbang wakil rakyat Bebas itu bersifat ultra-Melayu dan cauvinis.

Ibrahim yang juga wakil rakyat Bebas menegaskan bahawa semua tuduhan itu tidak benar kerana Sultan Selangor tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti yang disiarkan oleh akhbar berkenaan.

Disebabkan penyiaran artikel berkenaan, Ibrahim mendakwa ia telah merosakkan reputasi beliau serta memberikan persepsi negatif kepada masyarakat bahawa beliau seorang pemimpin yang cauvinis dan ekstremis.

“Siapa mereka untuk labelkan saya seorang cauvinis dan ekstremis kerana selama saya menjadi ahli Parlimen dan Presiden Perkasa mereka telah merosakkan imej dan reputasi saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini.


Dakwanya lagi, penyiaran artikel itu berniat jahat dan permohonan maaf yang dikemukakan oleh akhbar berbahasa Inggeris itu baru-baru ini dibuat sekadar sambil lewa sahaja.

Selain ganti rugi am RM5 juta, Ibrahim juga menuntut bayaran kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai.Ibrahim turut menuntut akhbar terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka dan penarikan semula artikel berkenaan dalam tempoh 48 jam serta artikel baru itu akan disiarkan dalam laman web, The Sun dan semua media utama yang lain di negara ini.

Khamis lalu, Pejabat Sultan Selangor mengeluarkan surat yang menjelaskan bahawa pertubuhan itu tidak menggunakan nama Sultan Selangor dengan menghantar kad-kad jemputan ke majlis perasmian mesyuarat agung pertama pertubuhan itu tanpa perkenan baginda pada 27 Mac ini.

Sebaliknya Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, sememangnya berdasarkan perancangan asal Sultan Selangor berkenan untuk berangkat merasmikan mesyuarat agung berkenaan.

Bagaimanapun, kata beliau, baginda telah dinasihati supaya tidak berangkat ke majlis tersebut kerana dibimbangi kehadiran Tuanku akan disalahtafsirkan dan disalah anggap oleh pihak-pihak tertentu bahawa istana terlibat secara tidak langsung dengan politik.
The Help

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger