Home » » Kedudukan Anwar tetap dipertahan - Nasharuddin

Kedudukan Anwar tetap dipertahan - Nasharuddin

Written By canang on Isnin, 8 Mac 2010 | 3/08/2010 05:00:00 PG


BACHOK, 7 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dipertahankan sebagai Ketua Pembangkang biar pun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah hilang dominasi ekoran tiga anggota parlimennya keluar parti dan seorang lagi dipecat, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sudah sepakat mengenai perkara itu biar pun ada pelbagai pandangan dilontar pihak luar.

“Pakatan Rakyat tetap mengamanahkan tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang kepada Datuk Seri Anwar walaupun parti itu tidak lagi mendominasikan pakatan pembangkang di Dewan Rakyat.

“Pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP telah sepakat walau apa pun terjadi, Anwar tetap sebagai Ketua Pembangkang.

“Umno jangan sibuk-sibuk nak campur tangan dalam hal ini. Umno yang susah-susah itu kenapa,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Nelayan, Kandis, dekat sini, malam semalam.


Baru-baru ini, tiga anggota parlimen PKR iaitu dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim, Tan Tee Beng (Nibung Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti.

Manakala anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat kerana melanggar disiplin parti.

Ekoran itu, beberapa pemimpin Umno dan pensyarah yang dekat dengan parti itu berhujah kerusi Ketua Pembangkang perlu diwakili parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Kedudukan di Dewan Rakyat sekarang PKR tinggal 27 kerusi, DAP (28) dan PAS (23).

Nasharuddin yang juga anggota parlimen Bachok berkata, tindakan tiga anggota parlimen PKR keluar parti dianggap sebagai proses pembersihan untuk memantapkan perkasaan parti tersebut.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger