Home »
» Khidmat Sidek Hassan Dilanjut Setahun Lagi
Khidmat Sidek Hassan Dilanjut Setahun Lagi
Written By canang on Khamis, 11 Mac 2010 | 3/11/2010 07:00:00 PTG
Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara untuk tempoh setahun kontrak bermula 24 Jun 2010 hingga 23 Jun 2011.
Menurut kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri hari ini, perlantikan ini dibuat demi kepentingan negara dan menambah Tan Sri Sidek masih diperlukan untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Tan Sri Sidek, 58 tahun, dilantik KSN pada 3 September 2006 dan memegang jawatan itu sehingga tempoh persaraan pada 23 Jun 2007.
Beliau dilantik semula untuk tempoh dua tahun lagi bermula 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009. Khidmatnya diteruskan lagi dari 24 Jun 2009 hingga 23 Jun tahun ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan