Home » » Koleksi lagu:ANTARA Yunalis Zarai (Yuna) dan Najwa Mahaiddin

Koleksi lagu:ANTARA Yunalis Zarai (Yuna) dan Najwa Mahaiddin

Written By canang on Isnin, 1 Mac 2010 | 3/01/2010 08:42:00 PG


ANTARA Yunalis Zarai (Yuna) dan Najwa Mahaiddin, mereka saling mengenali. Dulu pernah berkongsi pentas gig, kini mereka meneroka peluang lebih besar beraksi di pentas yang lebih gah.
Memilih irama berteraskan jaz sebagai tunjang muzik, dua gadis yang tampil menawan dengan gaya tersendiri ini juga sebaya, iaitu 24 tahun.
Bagaikan ada signifikasi, jika Yuna dengan gitarnya, Najwa pula mahir bermain piano. Bahkan kedua-dua mereka berkebolehan mencipta lagu sendiri.

Barangkali kerana setiap keistimewaan dimiliki mereka inilah yang menarik perhatian Bsync Productions dan Mujik Productions untuk menggandingkan dua dara ini dalam Malam Nada Biru (MNB) siri kedua.
Siri pertama MNB yang diadakan pada 30 dan 31 Julai 2009 di Lambang Sari, Istana Budaya (IB) menyaksikan gandingan dua sahabat, Atilia dan Noryn Aziz.
lokasi ke Actors Studio, Lot 10, siri kedua MNB yang bakal diadakan pada 27 dan 28 Februari ini akan dikelolakan pula oleh Yuna dan Najwa.
Yuna yang memulakan perbualan akui belum sempat melakukan sebarang persiapan namun peluang beraksi pada MNB kelak satu penghargaan besar.
"Terus terang kami belum sempat mengadakan pembentangan untuk projek ini kerana ketika ini saya sibuk dengan rakaman selain urusan visa ke Amerika Syarikat dan fotografi. Banyak perkara perlu diberi keutamaan dulu," katanya.
Yuna berkata, dia mahu memanfaatkan malam itu dengan menyampaikan semua koleksi lagu yang dipetik menerusi EP terdahulu termasuk lagu baru ciptaannya.


"Biasanya orang mengaitkan nama Yuna dengan lagu Dan Sebenarnya. Untuk malam itu saya mahu mengetengahkan koleksi lagu saya yang saya tidak berkesempatan memperdengarkan kepada peminat kerana ada sebahagiannya tidak dimainkan di radio.

"Namun lagu berkenaan tetap digemari pengikut setia saya misalnya lagu Rocket. Selain itu, saya juga merancang membawakan lagu yang hasilkan sejak tiga, empat tahun lalu termasuk single kedua, Cinta Sempurna dan Insya-Allah lagu terbaru," katanya. Yuna memberitahu showcase itu adalah yang terakhir dijayakannya sebelum berangkat ke AS awal Mac nanti bagi memenuhi undangan syarikat Indie-Pop juga yang bertindak mengurus dan mempromosikan muziknya di sana.






Lirik Dan Sebenarnya Yuna


Berhubung persembahan malam itu nanti, walaupun tidak mempunyai album, saya ada koleksi lagu yang dihasilkan sendiri sejak beberapa tahun lalu.
"Lebih kurang 10 lagu dan sembilan akan diperdengarkan hari itu. Selebihnya, saya akan membawakan satu, dua lagu artis antarabangsa pujaan saya," katanya.
Pernah menjadi artis undangan Malique Too Phat menerusi lagi Kau Yang Punya yang dimuatkan dalam album solo Malique berjudul OK, Najwa tidak gentar beraksi cuma gelisah dengan respons penonton.

Mendapat pendedahan muzik sedari kecil dengan mengikuti kelas piano seawal usia tiga tahun dan kelas vokal pada usia 11 tahun, Najwa juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang jurusan muzik di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM).

Atilia Haron selaku Produser Eksekutif Mujik Productions, memaklumkan, dia amat teruja dapat menyatukan Yuna dan Najwa dalam satu persembahan apatah lagi mereka berdua adalah penyanyi baru yang cukup dikaguminya.

"Bsync Productions dan Mujik Production mahu menggunakan platform MDB ini untuk mengetengahkan bakat muda tempatan seperti Yuna dan Najwa. Selepas ini kita merancang showcase untuk band seperti Hujan dan mungkin artis luar.
"Berhubung persembahan Yuna dan Najwa, kami mahu merakamkan persembahan itu dalam bentuk DVD selain menjadikannya filem dokumentari untuk ditayangkan di pawagam seperti mana This Is It daripada Micheal Jackson," katanya.


Tiket persembahan itu berharga RM100 dan RM85

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger