Home » » Komen Laman Facebook Ancam Keselamatan, Perbicaraan Pelajar Aswara 1 November

Komen Laman Facebook Ancam Keselamatan, Perbicaraan Pelajar Aswara 1 November

Written By canang on Khamis, 4 Mac 2010 | 3/04/2010 01:24:00 PTG


PETALING JAYA, 4 MAC - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 1 Nov ini bagi perbicaraan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin yang didakwa menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain di laman Facebook pada Januari lalu.
Hakim Aslam Zainuddin menetapkan selama dua hari untuk mendengar kes tersebut selepas pihak pembelaan yang diwakili Mohd Radzlan Jalaludin menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad.
Pada 18 Jan, Mohamad Tasyrif mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mohamad Tasyrif, 25, didakwa secara sedar telah memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."

Pelajar tahun pertama jurusan perfileman itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 Jan lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger