Home »
» TanggungJawab Wanita Makin Mencabar
TanggungJawab Wanita Makin Mencabar
Written By canang on Isnin, 8 Mac 2010 | 3/08/2010 07:00:00 PTG
KUALA LUMPUR 8 MAC: Tanggungjawab golongan ibu dalam menjaga dan membesarkan anak semakin hari semakin mencabar, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Selain membantu suami mencari nafkah, golongan ibu khususnya yang bekerja menghadapi beban bagi memastikan anak mereka tidak terdedah kepada anasir penderaan.
Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini, Nurul Izzah menyifatkan tanggungjawab golongan itu kian meruncing apabila mengingatkan kepada penderaan yang meragut nyawa adik-adik Syafia dan Haresvarra baru-baru ini.
Katanya, wanita saban hari bergelut dengan kerjaya demi membantu menyara keluarga, sedangkan pada masa yang sama, turut berperanan sebagai seorang ibu mahupun isteri.
Di Lembah Pantai, kehidupan di tengah kota sarat dengan cabaran, apatah lagi kos sara hidup yang meningkat menyebabkan wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah hingga ada ketikanya tidak dapat menumpukan perhatian bagi membesarkan anak sepenuhnya.
Nurul Izzah juga mencadangkan perkhidmatan jagaan anak yang berkualiti dan sesuai dengan kemampuan keluarga sebagai prasyarat penting kepada wanita berkerjaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan