Home » » Lagi Foto panas aktres Indonesia Rahma Azhari tersiar

Lagi Foto panas aktres Indonesia Rahma Azhari tersiar

Written By canang on Rabu, 24 Mac 2010 | 3/24/2010 12:00:00 PTG


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Kompas.com semalam menunjukkan seorang lelaki memeluk Rahma.

JAKARTA - Model terkenal Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan sensasi apabila foto seksi dirinya disebarkan lagi di Internet, lapor akhbar Kompas.com semalam.

Namun pada kali ini, gambar Rahma yang juga aktres filem Suami-suami Takut Istri itu menunjukkan seorang lelaki yang tersenyum meramas payu dara kirinya.

Rahma, 28, semasa dihubungi menganggap foto itu sebagai biasa yang dirakamkan selepas dia menyanyi dalam satu program di sebuah kafe di Senayan manakala lelaki tersebut ialah seorang saudaranya.

"Saya cuma ketawa apabila melihat foto itu dan mungkin ada pihak yang mahu isu ini disensasikan tetapi saya tidak berasa terganggu," kata Rahma.


Pada November 2008, gambar bogel Rahma dan kakaknya, Sarah, 32, disebarkan menerusi Internet.

Seorang lagi kakak mereka, Ayu, 40, juga mencetuskan kontroversi pada 2007 apabila berasmara dengan seorang lelaki, Frank Zagarino menerusi filem Without Mercy. -
The Big Short: Inside the Doomsday Machine


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger