Home » » Mat Afrika hati syaitan

Mat Afrika hati syaitan

Written By canang on Khamis, 11 Mac 2010 | 3/11/2010 09:55:00 PTG


DAMANSARA: Suara rakan yang cemas meminta tolong rupa-rupanya menjadi malapetaka bagi seorang gadis apabila dirogol seorang lelaki warga asing di Pangsapuri Flora Damansara, awal pagi semalam.
Dalam kejadian 1 pagi itu, penuntut kolej swasta berhampiran dikatakan sedang menyiapkan tugasannya di kafe siber terletak di unit bawah pangsapuri itu apabila dia dihubungi rakannya.

Menurut sumber, mangsa yang panik kerana mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi pada rakannya menaiki lif ke tingkat sembilan pangsapuri terbabit.
“Sebaik pintu lif dibuka, mangsa terkejut seorang lelaki warga Afrika menariknya keluar dan membawanya masuk ke dalam sebuah unit rumah di tingkat itu.
“Lebih menyedihkan, rakan mangsa seorang wanita tempatan ditahan rakan suspek dan diarah menghubungi mangsa bagi mengumpannya naik ke kediaman suspek,” katanya.


Mangsa dikatakan cuba melawan, namun tidak berdaya menyebabkan dia di rogol berkali-kali.
Bagaimanapun, ketika suspek keluar dari bilik, mangsa meminta bantuan dengan menelefon rakannya menghubungi pihak polis.

“Rakan yang dihubungi kemudian bersama beberapa penduduk di pangsapuri itu menyelamatkan mangsa.
“Polis yang tiba kira-kira tujuh minit kemudian mencekup suspek dan dua rakannya dalam rumah itu,” katanya.

Difahamkan, suspek sering mengganggu mangsa, namun tidak pernah diendahkan menyebabkan suspek bertindak menggunakan rakan mangsa merogolnya.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan tangkapan itu dan suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger