Home » » Ong Kuasai Penulisan Dan Bacaan Jawi

Ong Kuasai Penulisan Dan Bacaan Jawi

Written By canang on Rabu, 3 Mac 2010 | 3/03/2010 10:39:00 PTG


Sejak kecil, Ong Teoh Joo dibesarkan dalam kelompok Melayu malah dia adalah satu-satunya orang Cina yang memasuki Sekolah Melayu Padang Siding hampir 80 tahun lalu.

Hari ini, warga tua itu masih menguasai kemahiran yang dipelajarinya di sekolah berkenaan iaitu menulis dan membaca tulisan Jawi.

Ong yang kini berusia 87 tahun dan lebih dikenali sebagai "Toyu" oleh masyarakat setempat berkata, beliau hanya memasuki sekolah aliran Cina selepas belajar selama tiga tahun di sekolah Melayu.

Ketika ditemui di rumahnya di Pauh Setia dekat sini hari ini, beliau berkata ketika umurnya 10 tahun beliau dihantar belajar ke Sekolah Melayu Padang Siding dan selepas tiga tahun, Ong mengikuti pengajian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Wah Aik.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger