Home » » Pasangan Filipina ditangkap khalwat masuk Islam, kahwin

Pasangan Filipina ditangkap khalwat masuk Islam, kahwin

Written By canang on Selasa, 16 Mac 2010 | 3/16/2010 04:34:00 PTG

JEDDAH: Pasangan kekasih warga Filipina yang ditangkap berkhalwat di kawasan Barzan, berhampiran bandar Hail dilapor mengumumkan untuk memeluk Islam dan akan berkahwin tidak lama lagi.
Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Kejahatan dan Mempromosi Kebaikan berkata, lelaki dan wanita Filipina itu ditahan ketika bersendirian di Barzan.

“Mereka kemudian dimaklumkan tindakan mereka berdua-duaan itu menyalahi undang-undang Islam.
“Mereka kemudian diminta menandatangani satu surat perjanjian tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi,” kata jurucakap itu.

Menurutnya, lelaki yang bekerja untuk sebuah syarikat swasta memaklumkan kepada anggota suruhanjaya beliau mencintai wanita yang bekerja sebagai pendandan rambut itu dan ingin mengahwininya.
Pasangan itu kemudian dibawa ke pusat masyarakat asing di Hail untuk belajar mengenai Islam.

“Kira-kira 18 jam kemudian, mereka mengumumkan persetujuan untuk masuk Islam.

“Lelaki itu memilih nama Sami manakala wanita itu pula memilih nama Mariam sebagai nama Islam mereka.

“Kedua-duanya akan melangsungkan perkahwinan mengikut ajaran Islam tidak lama lagi,” kata jurucakap suruhanjaya itu lagi.
Sebagai hadiah, Pengarah suruhanjaya di Barzan, Sheikh Nawwaf Al-Jidaie dan kakitangannya akan menanggung belanja lawatan pasangan pengantin baru itu ke Makkah.
Soldier of Love
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau aku la laki yang kene tangkap tu..best woh... ishh awek tu dah masuk Islam wei

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger