Home »
» Patologis Kerajaan Nafi Beng Hock DiCekik Sampai Mati
Patologis Kerajaan Nafi Beng Hock DiCekik Sampai Mati
Written By canang on Rabu, 10 Mac 2010 | 3/10/2010 04:00:00 PTG
Inkues kematian bekas setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock bersambung hari ini dengan patologis kerajaan, Dr Shahidan Md Noor tampil ke kandang saksi.
Shahidan, ketika disoal peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata tidak mungkin Teoh dipukul atau dijerut sebelum terjatuh.
Menjawab soalan Abdul Razak, Shahidan berkata lebam-lebam kemerahan pada leher tidak menyebabkan kematian Beng Hock.
"Ada kesam lebam pada leher, tapi tiada petanda asphyxia," kata Shahidan.
Shahidan juga berkata kecederaan pada dubur mangsa bukan akibat liwat, tetapi kerana terjatuh dari tingkat tinggi.
"Kawasan stratum mengalami keretakan dan patah bila terjatuh, lalu mengakibatkan ia tertusuk ke dubur," tambah beliau.
Patologis kerajaan ini menyangkal penemuan Dr Pornthip Rojanasunand yang menyimpulkan bahawa mangsa telah dipukul oleh objek tumpul.
"Kesan retak di kanan tubuh mangsa dan tengkorak konsisten dengan jatuh. Bahkan, jatuh juga boleh ditakrifkan sebagai dipukul objek tumpul," sangkalnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan