Home » » Pelakon Zarina Ann Joulie disahkan negatif ambil dadah

Pelakon Zarina Ann Joulie disahkan negatif ambil dadah

Written By canang on Selasa, 30 Mac 2010 | 3/30/2010 11:33:00 PTG

SEPANG 30 Mac – Pelakon kontroversi, Zarina Ann Joulie disahkan negatif daripada pengambilan dadah oleh makmal kimia Jabatan Patologi.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman berkata, keputusan air kencing pelakon itu setelah diuji oleh pegawai perubatan jabatan didapati negatif.

Dengan keputusan tersebut Zarina dibebaskan daripada dakwaan dan pengawasan pihak AADK.

"Zarina memberikan kerjasama yang baik dengan pegawai-pegawai kami dan tidak timbul sebarang masalah sepanjang tempoh pengawasan, sementara menunggu keputusan ujian makmal," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program pengawasan berkelompok di Pejabat AADK Sepang, di sini hari ini.kilk sini


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger