Home » » Demontrasi: Esok Penduduk Kampung Sungai Terentak Mahu Demontrasi mempertahankan kampung dari diceroboh TNB

Demontrasi: Esok Penduduk Kampung Sungai Terentak Mahu Demontrasi mempertahankan kampung dari diceroboh TNB

Written By canang on Selasa, 16 Mac 2010 | 3/16/2010 10:42:00 PTG

RAWANG 16 MAC: Penduduk Kampung Sungai Terentak di sini tetap mempertahankan kampung mereka dari ‘diceroboh’ Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bercadang mengadakan demontrasi esok.

Ia berikutan projek pemasangan kable berkuasa tinggi TNB itu dibantah penduduk kampung kerana ia dikhuatiri mendatangkan risiko kepada kampung mereka.

Perkara itu dinyatakan ADUN Rawang, Gan Pei Nei ketika mengiringi Datuk Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu ke enam kawasan Rawang selama beberapa jam hari ini.

TNB sebelum ini dikatakan menggunakan Kerajaan Persekutuan bagi memberi tekanan kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan projek pengukuhan sistem kawasan tengah (CAR)

Gan berkata, mesyuarat antara beliau, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, JKK Kampung Sungai Terentak serta pakar teknikal bersama dengan TNB pula menemui jalan buntu.

"Dalam mesyuarat itu, kita mohon TNB turun padang untuk menjelaskan projek baru itu. Kita difahamkan TNB akan tukar kabel besar, jadi apa kesan dan ciri-ciri keselamatan kepada pihak penduduk?

"Kita minta TNB tangguhkan operasi mereka esok untuk masuk (kampung) Sungai Terentak tetapi mereka akan masuk juga walaupun kita sudah berapa kali cakap, tentu akan berlaku kekacauan," katanya.

Beliau ternyata kecewa dan risau dengan perkembangan itu kerana penduduk kampung akan berhadapan sendiri dengan pihak TNB.

"TNB sebagai badan atau koperasi yang besar dan bertaraf antarabangsa, sepatutnya bertanggungjawab terhadap komuniti. Penduduk juga pelanggan TNB
The Help
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger