BANGKOK - Kumpulan penunjuk perasaan menyimbah bekas berisi darah pada pintu pagar ibu pejabat kerajaan dan di luar beberapa pejabat parti pemerintah di sini semalam sebagai tanda pengorbanan simbolik bagi meningkatkan tekanan supaya pilihan raya baru diadakan di Thailand.
Sebelum itu, beribu-ribu penunjuk perasaan yang memakai baju merah berbaris panjang untuk menderma darah.
Beberapa jururawat mengambil darah yang didermakan oleh penunjuk perasaan tersebut.
Mereka berbuat demikian sehari selepas ketua kumpulan Baju Merah berikrar untuk mengumpul 1,000 liter darah dan menyimbahnya di kawasan Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri dan di lokasi-lokasi utama yang lain.
Setiap sukarelawan menderma beberapa sudu teh darah yang kemudian diisi ke dalam berpuluh-puluh bekas air.
Polis pencegah rusuhan membenarkan ketua-ketua penunjuk perasaan menghampiri pintu pagar di hadapan Rumah Kerajaan dan menyimbah darah tersebut manakala aksi mereka disiarkan secara langsung di televisyen negara itu.
Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva tidak berada di Rumah Kerajaan sejak bantahan besar-besaran yang melibatkan 100,000 penunjuk perasaan bermula pada Jumaat lepas.
"Apabila Abhisit bekerja di pejabatnya, darah ini sebagai peringatan bahawa beliau duduk di atas darah rakyat," kata salah seorang ketua penunjuk perasaan, Nattawut Saikua kepada para penyokongnya.
Kumpulan Baju Merah termasuk para penyokong Thaksin Shinawatra dan sejumlah aktivis lain menentang rampasan kuasa tentera pada 2006.
Rampasan itu menyebabkan Thaksin disingkirkan selepas timbulnya dakwaan beliau melakukan rasuah dan salah guna kuasa
Soldier of Love
Home »
» Penunjuk perasaan simbah darah di Bangkok
Penunjuk perasaan simbah darah di Bangkok
Written By canang on Jumaat, 19 Mac 2010 | 3/19/2010 10:05:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan