Home » » Ratu Indonesia 2009 nak jadi Presiden

Ratu Indonesia 2009 nak jadi Presiden

Written By canang on Jumaat, 12 Mac 2010 | 3/12/2010 08:30:00 PG


AKARTA: Ratu Indonesia 2009, Qory Sandioriva mempunyai impian besar bukan hanya sebagai seorang ahli muzik dan diplomat tetapi turut menaruh cita-cita menjadi Presiden.

Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun yang mewakili Aceh ketika pertandingan Putri Indonesia itu, pada masa ini amat berharap untuk mengharumkan nama negara dengan memenangi takhta Ratu Universe.



Pada masa ini, beliau menyertai kelas bahasa dan ucapan awam yang dianjurkan Yayasan Putri Indonesia, penganjur Putri Indonesia bertujuan mengajar pemenang pertandingan kemahiran bercakap bahasa Inggeris di khalayak. Latihan itu adalah sebahagian persediaan Qory untuk menyertai pertandingan Ratu Universe.

Qory memberitahu akhbar Jakarta Post betapa sukar untuk belajar bahasa lain selain isu bantahan beliau tidak memakai tudung ketika pertandingan Putri Indonesia lalu sedangkan dirinya mewakili Aceh, sebuah wilayah dengan undang-undang Syariah, impian beliau serta idolanya.

“Secara jujur, saya dapati sukar untuk bercakap kepada umum jika tidak dalam bahasa ibunda. Tetapi, saya turut belajar berkomunikasi bahasa badan dan isyarat mata.”

“Saya dapati keyakinan diri bertambah. Sama ada tersilap (dalam bahasa Inggeris) atau tidak, saya teruskan saja,” katanya yang kini mengikuti pengajian Kesusasteraan Perancis di Universiti Indonesia.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger