Home » » "Saya tidak akan rayu"

"Saya tidak akan rayu"

Written By canang on Ahad, 7 Mac 2010 | 3/07/2010 10:44:00 PG


"Saya tidak akan membuat rayuan," itulah kata-kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas berikutan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berhubung masalah disiplin.

Walaupun begitu, beliau masih boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari daripada tempoh berkenaan.

Katanya, beliau berasa malu terhadap Allah dan Islam berikutan permohonannya menukar tiga daripada empat panel ditolak.

"Saya percaya sudah menjadi trend PKR mempunyai serangan kepada mereka yang tidak mahu berkompromi dan bersekongkol dalam parti.

"Inilah yang dikatakan 'firaun-firaun' kecil yang cuba menjatuhkan saya," katanya.

Dalam masa sama, Zulkifli tidak menafikan akan ada beberapa lagi individu dalam parti berkenaan akan meninggalkan parti tersebut dalam masa terdekat.







Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger