Home » » Serangan 11 September satu penipuan

Serangan 11 September satu penipuan

Written By canang on Isnin, 8 Mac 2010 | 3/08/2010 10:00:00 PG


TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, kelmarin, menganggap serangan pada 11 September 2001 sebagai penipuan besar.

Mahmoud sudah beberapa kali mempertikaikan kesahihan dakwaan serangan keganasan ke atas New York dan Washington yang dilakukan kumpulan al-Qaeda dan menyebabkan hampir 3,000 orang terbunuh.

"Insiden 11 September adalah penipuan besar untuk menutup serangan ke atas Afghanistan dengan helah menentang keganasan," katanya.

Beliau juga menyifatkan serangan udara ke atas menara berkembar Pusat Dagangan Dunia sebagai satu senario dan: perbuatan kompleks khidmat perisikan.


Kenyataan terbaru Mahmoud itu dibuat ketika Iran menghadapi sekatan ketat daripada kuasa-kuasa besar dunia yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berhubung kontroversi program nuklear Teheran.

Pada Januari lalu, Mahmoud menganggap serangan 11 September sebagai peristiwa meragukan dan menyerupai Nazi Holocaust yang disifatkan beliau sebagai rekaan semata-mata sejurus selepas dia memegang jawatan presiden pada 2005.

Kenyataan Mahmoud itu mendapat kritikan meluas.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger