Jurucakapnya berkata, kes terbabit yang kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di negeri ini selepas seorang budak berusia 10 tahun dikahwinkan keluarganya dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas, baru-baru ini.
“Kami belum dapat menentukan status pernikahan terbabit (antara budak perempuan dengan pemimpin jemaah itu) yang didakwa diadakan di sebuah madrasah berhampiran Masjid Besar Machang kerana mangsa tidak hadir ketika pernikahan itu dilangsungkan.

“Walaupun secara zahir, sekiranya akad nikah diwalikan bapa kandung adalah sah, tetapi itu masih terlalu awal untuk diputuskan kerana biasanya kes membabitkan kanak-kanak memerlukan kebenaran bertulis mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Semalam, akhbar melaporkan kanak-kanak terbabit, Siti Nur Zubaidah, 11, dikahwinkan sendiri bapanya, Hussin Mat Salleh, 54, kepada lelaki tabligh berusia 41 tahun selepas diperdaya bahawa perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhamad, berkata semua perkahwinan yang dilangsungkan di negeri ini perlu mematuhi syarat ditetapkan mengikut Enakmen Keluarga Islam Kelantan bagi memastikan pernikahan yang dilangsungkan itu tidak meragukan dari segi syarak dan undang-undang.
Beliau berkata, antara lain enakmen itu menetapkan syarat umur bagi pengantin lelaki ialah minimum 18 tahun, manakala perempuan pula mesti 16 tahun ke atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan