Pakatan Rakyat berkata punca utama kemunduran ekonomi negara adalah dasar yang lemah dan perlaksanaan yang berubah-ubah, sekaligus mengugat keyakinan pelabur dalam dan luar negara kepada kecekapan kerajaan.
Usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang diusulkan secara tergesa-gesa, hanya kemudiannya ditangguh selepas rakyat meluahkan kemarahan terhadap pakej cukai regresif ini membuktikan kebenaran hujah Pakatan Rakyat bahawa pimpinan sedia-ada tidak berwibawa untuk mentadbir Malaysia.
"Lantaran masalah-masalah yang diciptakan krisis ekonomi hari ini, apa sahaja rancangan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia harus dibuat dengan serius, terperinci, dikaji dengan baik, dan digerakkan secara terancang," tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang akhbar di Parlimen hari ini.
"Yang berlaku hari ini adalah contoh kegagalan pimpinan negara untuk melaksanakan inisitiaf ekonomi besar-besaran," tambah beliau.
Pemerintah mutakhir ini sering menerbalikkan keputusan dan rancangan mereka. Usul GST seharusnya dibentangkan di sesi Dewan Rakyat bulan ini, namun ditangguh akibat dari bantahan masyarakat.
Satu perhimpunan besar-besaran dijadualkan berlangsung hari ini sebahagian dari kempen seluruh negara membantah pelan pemerintah ini namun ditangguhkan selepas kerajaan berjanji untuk mendengar maklum-balas dari rakyat kebanyakan.
Turut ditunda pembentangannya adalah cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negara. Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein berkata draf pindaan telah silap namun tidak dapat dibentangkan bulan ini.
Pemerintah memberi alasan kerajaan mahu mendapatkan maklum-balas rakyat terlebih dahulu. Sebelum ini, kerajaan dilaporkan telah menemui beberapa kumpulan yang didakwa mewakili segenap segmen masyarakat. Kumpulan ini dikatakan menyokong ISA dipinda atau dikekalkan.
Sebelum ini, kerajaan juga terpaksa membatalkan sistem subsidi minyak berperingkat serta cukai perolehan hartanah bagi setiap hartanah yang dijual selepas lima tahun.
Sikap pemerintah yang merumuskan dasar tanpa perancangan teliti telah menyebabkan pelabur dan peniaga tidak yakin dengan hala-tuju negara.
"Setiap kali ia mengumumkan keputusan untuk melaksanakan GST, syarikat mengeluarkan belanja untuk persediaan, hanya untuk diberitahu bahawa ia terpaksa ditunda sehingga diberitahu kemudian," tegas Anwar.
"Sejumlah besar wang telah dibelanjakan sejak tahun lepas, tetapi sekali lagi terpaksa menangguhkan semua yang telah dirancang," tambah beliau.
Kindle Wireless Reading Device (6" Display, Global Wireless, Latest Generation)
Home »
» Sikap dan Tabiat Pemerintah Punca Ekonomi Tenat
Sikap dan Tabiat Pemerintah Punca Ekonomi Tenat
Written By canang on Isnin, 15 Mac 2010 | 3/15/2010 07:50:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan