Home » » Terkini:Zul Protes Jawatankuasa Displin PKR

Terkini:Zul Protes Jawatankuasa Displin PKR

Written By canang on Khamis, 4 Mac 2010 | 3/04/2010 05:08:00 PTG


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin melangkah keluar dari mesyuarat jawatankuasa displin Parti Keadilan Rakyat sebagai membantah kehadiran bukan Islam dalam panel itu.

Zulkifli berkata panel siasatan harus terdiri dari orang Islam sepenuhnya kerana salah satu dari pendakwaan yang beliau hadapi adalah isu kalimah Allah.

Menurutnya, panel sedia-ada terdiri dari seorang Muslim, dua pengaaut Kristian dan seorang beragama Hindu.

Panel bagaimanapun menolak tuntutan itu dan berkata kuasa untuk melantik panel terletak dalam bidang kuasa Majlis Pimpinan Pusat.

Demikian itu, Zulkifli menyeru MPP untuk melantik panel baru sebelum Selasa minggu hadapan. Jika tidak, beliau akan meletak jawatan.






Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger