Home » » Ulama gesa wujudkan umur minimum kahwin

Ulama gesa wujudkan umur minimum kahwin

Written By canang on Jumaat, 26 Mac 2010 | 3/26/2010 11:23:00 PG

Seorang ulama Arab Saudi menggesa kerajaan mewujudkan had umur minimum perkahwinan bagi mengelak kanak-kanak perempuan berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua.

Sheikh Abdul Muhsin Al-Obaikan berkata, tindakan memaksa seseorang budak perempuan berkahwin dengan sendiri membatalkan perkahwinan.

Ini kerana ia tidak memenuhi syarat utama perkahwinan dalam Islam iaitu persetujuan seseorang wanita untuk berkahwin.

Gesaan beliau mendapat banyak sokongan, termasuk daripada aktivis hak asasi, anggota Majlis Syura, peguam dan Kementerian Hal Ehwal Sosial.

Seorang pengurus, Muna Siraj berkata, kempen itu berlainan daripada kempen lain yang dilakukan di Internet.


Perkahwinan antara budak perempuan dengan lelaki yang jauh lebih tua sering berlaku dalam kalangan masyarakat desa di Arab Saudi.

Kebanyakan kanak-kanak perempuan belum bersedia untuk memikul tangggungjawab perkahwinan walaupun sudah akil baligh.SILA KLIK SINI





Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger