Home » » Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri

Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri

Written By canang on Sabtu, 20 Mac 2010 | 3/20/2010 12:30:00 PTG

SHAH ALAM : Pakatan Rakyat menegaskan pendaftaran pengundi automatik perlu dipraktik segera walaupun tiada jaminan pengundi muda memihak calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Pada masa ini, lebih 4.38 juta daripada 15.4 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar dan fakta ini diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Sebaliknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya SPR membuat pendaftaran automatik kepada rakyat berusia 21 tahun.

Mengulas hal itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Nazri itu semata-mata berasaskan kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap ‘kuasa’ pengundi muda.


“Tetapi nampaknya, ini tidak diingini oleh BN dan kita tahu bahawa mereka bimbang kalau pengundi muda terlalu ramai, maka ini akan menggugat kedudukan politik mereka," katanya.

Beliau menyatakan pengundi muda masa kini memiliki lebih maklumat berbanding pengundi lain berikutan pendedahan mereka lebih luas dan kecenderungan politik mereka sukar dijangka.

“Saya mengambil pendirian, kita jangan terlalu confident (yakin). Yang kita pasti ialah pengundi muda lebih kritikal dan boleh membuat analisis sebab saluran maklumatnya lebih menyeluruh,"
Soldier of Love

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger