Jumaat, 2 April 2010

6 sekeluarga ditahan, 20kg dadah dirampas

KUALA LUMPUR: Enam sekeluarga ditahan bersama-sama 20,289 gram dadah jenis ketamin bernilai kira-kira RM300,000 dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Jinjang, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan tiga warga India termasuk dua wanita, yang berumur antara 22 dan 54 tahun.

"Dua lelaki tempatan berumur 40 dan 54 tahun itu adalah adik beradik dengan seorang daripada mereka mempunyai perniagaan kedai makan di Grik, Perak manakala dua wanita warga India itu merupakan isteri kepada kedua-dua beradik itu.

"Dua lelaki lain ialah anak dan anak saudara kepada salah satu pasangan suami isteri itu," katanya kepada pemberita, di pejabatnya di sini hari ini.


Zakaria berkata ketika serbuan pada kira-kira 11 malam itu, kesemua mereka sedang melakukan kerja-kerja pembungkusan dadah.klik sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.