Jumaat, 2 April 2010

Jual adik untuk seks

Seorang gadis berusia 15 tahun ditangkap selepas didakwa menjual adik tirinya berumur tujuh tahun kepada sekumpulan lelaki untuk dirogol di sebuah parti.
Polis New Jersey percaya remaja belasan tahun itu membawa adik tirinya ke sebuah apartmen berhampiran kediaman mereka di Trenton, tempat kanak-kanak itu dirogol oleh kira-kira tujuh lelaki.

Remaja berkenaan dipercayai hadir ketika kejadian dan menerima bayaran daripada mereka yang mengambil bahagian.

Ibu bapa mereka menyangka kedua-duanya melarikan diri apabila tidak menemui mereka di rumah selepas pulang kerja.

“Kami bercakap mengenai seorang remaja yang menyuruh adiknya memasuki sebuah apartmen dan membiarkan sekumpulan lelaki merogolnya,” kata jurucakap polis Trenton, Joseph Juniak.

Remaja terbabit akan didakwa atas tuduhan serangan seksual, menggalakkan pelancuran dan beberapa jenayah lain.

Polis enggan mendedahkan namanya kerana faktor usia.

Bagaimanapun, pendakwaraya di New Jersey berkata, pihaknya merancang meminta mahkamah membicarakan dia sebagai orang dewasa.

Gadis itu kini ditahan di sebuah pusat tahanan remaja.

Sementara itu, Datuk Bandar Trenton, Doug Palmer berkata, kanak-kanak malang itu mengiringi kakaknya ke parti itu kerana takut tinggal bersendirian di rumah.

Sebaik berada di apartmen itu, kakaknya memujuk dia supaya membenarkan lelaki berkenaan merabanya.klik sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.