Home » » Abang ajak Memey kahwin

Abang ajak Memey kahwin

Written By canang on Sabtu, 10 April 2010 | 4/10/2010 12:07:00 PTG

KUALA LUMPUR: “Abang Norman ada mengajak saya berkahwin Julai ini, tapi saya tak mengambil serius kata-kata itu kerana menganggap dia bergurau,” kata pelakon Suhaiza Suhaimi atau Memey berhubung perkembangan hubungannya dengan pelakon, Norman Hakim.
Memey, 21, berkata Norman, 33, menyatakan hasrat itu ketika mereka buat pertama kali berlakon bersama dalam sebuah telefilem, baru-baru ini.

“Ini kali pertama kami berlakon dalam satu babak sebagai pasangan kekasih, malah sepanjang penggambaran asyik diusik kru.
“Masuk saja set, saya jadi serba tidak kena kerana asyik diusik kru, tapi selepas habis penggambaran, tiba-tiba abang Norman ajak saya berkahwin Julai ini,” katanya yang dihubungi, semalam.


Menurutnya, dia tidak mahu tergesa-gesa berkahwin kerana perkara itu memerlukan perancangan dan perbincangan.

“Kalau ditanya (berkahwin) memang saya sudi, tapi saya tak mahu tergesa-gesa. Kalau boleh tahun depan.

“Sukar untuk saya jelaskan lebih lanjut kerana bab perkahwinan ini lebih elok pihak lelaki yang mulakan,” katanya.

Memey berkata, keluarga Norman ada bertanya bilakah mereka akan melangsungkan perkahwinan, tetapi keluarganya pula menyerahkan keputusan itu di tangan pihak lelaki.


Menurutnya, buat masa sekarang, dia agak sibuk kerana mendapat tawaran berlakon drama 30 episod sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, Jun depan.

Pasangan kekasih itu sebelum ini dilihat mesra ketika ditemui pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH), 4 April lalu.

Mereka memakai pakaian sama warna iaitu biru selain berpegangan tangan ketika melalui karpet merah



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger