MUMBAI - Dua aktres Bollywood kini bersaing untuk menjadi wanita Bond pertama dari India ketika khabar angin bertiup kencang menyatakan filem 007 yang seterusnya akan dibuat di negara itu.
Penerbit filem itu, yang dijangka diarahkan oleh Sam Mendes, dilaporkan sedang mencari lokasi penggambaran di India.
Pada minggu lalu, Freida Pinto yang berlakon dalam filem Slumdog Millionaire dikaitkan dengan filem baru James Bond.
Filem terbaru Pinto, You Will Meet a Tall Dark Stranger arahan Woody Allen akan disiarkan akhir tahun ini.
Pinto, 25, yang disenaraikan antara wanita tercantik di dunia oleh majalah People, kelihatan sesuai di segi usia dan kecantikan untuk memegang watak wanita Bond.
Aishwarya Rai, 36, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik Miss World juga disebut antara calon sesuai bagi watak tersebut.
Rai dikatakan lebih layak kerana mempunyai pengalaman luas berlakon dalam filem Hollywood dan Bollywood.
Aktres Julia Roberts pernah menyifatkan Rai sebagai wanita paling cantik di dunia.
Home »
» Aishwarya Rai, Freida Pinto bersaing jadi wanita Bond
Aishwarya Rai, Freida Pinto bersaing jadi wanita Bond
Written By canang on Khamis, 22 April 2010 | 4/22/2010 09:46:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan