PUERTO RICO - Seorang lelaki penghantar piza dari Brooklyn, Carlos Simon-Timmerman, telah diselamatkan oleh seorang pelakon lucah, Lupe Fuentes daripada dipenjarakan 20 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya, lelaki penghantar piza itu dituduh cuba membawa masuk cakera padat digital (DVD) lucah ke New York yang disangka pegawai-pegawai kastam di sebuah lapangan terbang di Puerto Rico dilakonkan oleh aktres porno itu semasa dia di bawah umur.
Jika disabitkan kesalahan penghantar piza itu akan dihukum penjara 20 tahun.
Namun, peguam bela lelaki penghantar piza itu, Hector Ramos-Vega sanggup mencari cara untuk menghubungi aktres lucah tersebut menerusi Internet.
Peguam itu akhirnya berjaya menghubungi aktres lucah tersebut dan memujuknya supaya memberi keterangan di sebuah mahkamah bahawa DVD lucah yang dibawa lelaki penghantar piza tersebut merupakan filem yang dilakonnya semasa dia sudah tidak dikategorikan di bawah umur.
Aktres lucah berkenaan kemudiannya tampil ke mahkamah dan mengemukakan beberapa dokumen dan tarikh penerbitan yang menunjukkan bahawa dia tidak berada di bawah umur semasa berlakon dalam filem berkenaan.
Keterangan itu menyebabkan lelaki penghantar piza itu dibebaskan.
"Saya berterima kasih kepadanya (Fuentes). Ia merupakan satu kelegaan besar," kata ibu Timmerman, Eff Simon.
Dia berkata, anaknya itu melawat kakaknya di Venezuela pada tahun lepas dan membeli DVD tersebut di satu pasar lambak dan percaya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Peguam pemuda penghantar piza itu menyatakan, aktres lucah itu tidak meminta sebarang wang sebaliknya bersungguh-sungguh mahu membantu anak guamnya.
Home »
» Aktres lucah selamatkan lelaki penghantar piza
Aktres lucah selamatkan lelaki penghantar piza
Written By canang on Isnin, 26 April 2010 | 4/26/2010 11:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan