ACKSONVILLE: Seorang lagi wanita, Raychel Coudriet, 22, yang tinggal bersebelahan rumah pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods di Orlando, tampil mendakwa beliau turut menjadi salah seorang kekasihnya yang mencapai angka 18.
Laporan menyatakan, Woods pernah mengadakan hubungan seks dengan Coudriet di rumahnya, ketika isteri pemain golf itu, Elin Nordegren sibuk menjaga anak mereka.
“Saya berasa dipergunakan dan diperalatkan, seolah-olah saya tidak mempunyai apa-apa erti kepadanya tetapi hanya sebagai pemuas nafsu pada waktu malam.
“Saya rasa seperti mahu menggali lubang, masuk ke dalamnya dan mati,” kata Coudriet.
Laporan itu turut menyatakan, Woods melakukan hubungan seks tanpa memakai kondom.
Woods berdepan tempoh paling getir dalam hidupnya, selepas skandal seks dan kecurangan beliau membabitkan sejumlah wanita, didedahkan media November tahun lalu.
Dunia mula mengetahui mengenai skandal itu selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok pada awal pagi, ketika penduduk menyambut Hari Kesyukuran.
Laporan menyatakan, kereta Woods terbabas apabila beliau memandu dalam keadaan kelam-kabut selepas bertengkar dengan Elin.
Sejak itu, seorang demi seorang wanita tampil mendedahkan skandal seks mereka dengan Woods, termasuk pelayan kelab malam dan pelakon filem lucah.
“Apabila membaca kenyataan yang dibuat kumpulan wanita berkenaan, saya
rasa amat bodoh,” kata Coudriet yang mengenali Woods sejak kecil lagi. – Agensi
Home »
» Anak jiran juga Woods ‘baham
Anak jiran juga Woods ‘baham
Written By canang on Sabtu, 10 April 2010 | 4/10/2010 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan